Tuesday, September 18, 2012

Daily (Mon - Fri) Routine in London

NEELD CRESCENT, kawasan kejiranan kami di London ini.
 Seawal 8am aku bergegas menyiapkan 2 anakku yg bersekolah di Parkfield Primary School sessi pagi, Fatin memulakan kelas 8.55am manakala Umar 8.45am. Maka kelam kabutlah aku menyiapkan mereka semua dan terus meluncur laju dengan Phil & Teds Explorer Storm bewarna merah hitam ini ke sekolah. Dan inilah yg akan aku lalui sepanjang perjalananku menghantar mereka.

 Mudah rasanya bila melintas dilaluan yg dikhaskan utk melintas bersama double pram ini. Pernah jugak aku membawa mereka berjalan kaki, (hanya Shasha didalam single pram) melalui tempat ini. Alhamdulillah, boleh dikatakan tempat ini selamat utk dilintasi bersama kanak-kanak primary school mahupun pre school. Teringat saya pada teman2 seperjalanan, sehaluan yang selalunya berselisih di sepanjang laluan ini. ADA yg berjalan kaki bersama anak2 yang ramai... ada yg bersama pram... Meskipun tidak mengetahui nama mereka, bertegur sapa sambil melemparkan senyuman adalah routine kami. Sekiranya sesama Muslim, lafaz Assalamualaikum menjadi amalan dikala berselisih. Hatta dengan kanak-kanak seusia Fatin.
 Indah sungguh pemandangan dikawasan kejiranan ini. Lebih2 lagi ketika musim panas. Rata-rata inilah design rumah mereka.
 Yang ini pula, boleh dikatakan sebagai rumah yg unik. Berdasarkan pengamatan saya, kebanyakan penduduk dikawasan ini adalah dari pelbagai bangsa. Cina, India, Pakistani, dan tak kurang jugak Malaysian Diplomat. Thats why ada yg menggelar kawasan ini sebagai Kampung Hendon.

 TERSELIT GP (klinik) dikawasan perumahan ini.
 Perjalanan menghirup udara segar sememangnya satu nikmat disini. Aalangkah indahnya pengalaman ini. Syukur alhamdulillah! Anak2 riang gembira sambil menyanyi dan berceloteh, Shasha yg sentiasa didalam pram akan khusyuk melihat alam sekeliling manakala Umar akan sentiasa menegur mereka yg berselisih dengan "Hi" tanpa segan. Yeap, ramah tamah kanak-kanak ini.
 Sampai sudah kita dipenghujung jalan... Inilah pagar yang akan kami nampak. Inilah pagar Parkfield Children's Centre. Dan disinilah tempat Umar bermain bersama kawan-kawan seusianya, ketika itu Umar masih berusia 10bulan, di Stay and Play Session selama 1-2 jam pada hari tertentu. Program yang disediakan termasuk Reading Session, Messy Play dsb. Penglibatan kanak-kanak dibawah 3 tahun didalam group play amat penting sebagai persediaan mereka untuk memasuki nursery nanti.

Manakala sebelahnya itu adalah kawasan sekolah anak2ku. Jom melintas! Teringat saya pada lollipop lady, berusia sekitar 40an, yang selalunya akan berdiri ditengah jalan sambil mengawal anak2 kecil yg ditemani ibubapa mereka melintas dikawasan ini. Beliau telah dipecat disebabkan Govt mereka dah cut budget. Mana agaknya dia sekarang ini.

Kami kemudiannya menelusuri laluan ini. Disinilah aku akan bertemu dengan kawan-kawan (ibu2 atau homemaker) dan bertegursapa tanpa mengira bangsa dan agama.
Yeah, gate utama telahpun dibuka! MARI IKUT KAMI masuk kedalamnya...

Inilah yang akan kami nampak.


Toleh kiri nampak kawasan kanak kanak ini bermain, bersenam ketika subjek PE


Ini pula pemandangan belah kanan kami. Kawasan outdoor play area, belakang Parkfield Children's Centre, jiran sebelah Primary School ini.




Kami seronok, harap anda pun begitu juga!


dan...dalam perjalanan pulang pula kebiasaanya kami akan menelusuri laluan yang lain pula. JOM kita jalan jalan lagi...
Haaa... ni laluan favourite saya.... kalau belok kanan tu, jalan terus sedikit... sampai le saya ke Brent Cross Shopping Complex... terapi minda yang cukup menenangkan... hahaha. 
Saya akan melintas dihadapan ini untuk menuju ke rumah. Kalau berjalan terus sahaja, kita akan berjumpa dengan jalan besar lah kan...  
Rumah rumah disini sekali tengok macam lebih kurang sama je kan... tp tidak sebenarnya. SemiD ni... best... tanpa pagar dihadapan... dengan backyard garden dibelakang... 
Ini pula adalah deretan kedai dan pejabat tak jauh dari rumah. Haa... nampak tak logo kanak kanak Save The Children tu? itu adalah charity shop. Kalau terus kehadapn lagi, kita akan berjumpa dengan kedai Turkish. 
Ini pula adalah deretan kedai yang mempunyai flat dibahagian atasnya. Di deretan ini juga terdapat farmasi, yang biasa kami ambil ubat setelah mendapatkan descrption ubat di Grovemead Medical Centre.
Haa... tak boleh nakal2... nanti kena cekup dek Metropolitan Police ni...
Mmmm.... Pepes Peri Peri fried chicken. Restaurant kegemaran kami sekeluarga. Mana tidaknya, hanya berbekalkan GBP1.99 dah boleh dapat ayam, chips dan soft drink. Bila rasa macam teringin tuuu, angkut aje plastik beg syiling... 1p pun mereka terima.
Yang ni pulak, bus stop yang berhadapan dengan Pepes Peri Peri tuu... kalau around 3pm tuu... penuh dgn school children. Lepak terus lunch kat Pepes Peri Peri.
Mahu makan pizza dan kebab? Kebab Grill House ni ada menyediakannya. At affordable price of course.
Sam's Chicken ni sebenarnya baru saja dibuka. Sebelum ni hanya Pepes Peri Peri dan KFC je kat deretan kedai ini. At least ada choice lain jugak lah kan.

WAY 2 SAVE

Satu-satunya convenience shop kegemaran kami. Halal groceries. Halal food.

The shopkeeper kat sini memang peminat tegar Umar kerana setiap kali Umar ke sini, pasti dipicit2nya pipi Umar yang gebus gebas tuuu... hehe

Need some gas? go to TEXACO

Hanya dalam 5minit walking distance dari rumah kami...
The Co-operative

Mustahil kami boleh melupakannya. Selalu beli chocolate Celebrations dalam tin tu kat sini. GBP 5 je setin. 

No comments:

Post a Comment

Dear FATIN, UMAR and SHASHA

Allah knows what is best for us and everything that happened to us is because Allah wants it to happen.  When we get rejected, or we f...