Friday, October 28, 2011

Play in Pre-school

Jika kita perasan... atau mungkin ada yg tidak berpeluang utk mengetahui klassifikasi permainan di Early Learning Centre... mari kita lihat bersama-sama:-

Learning skill: creativity, discover the world, fine motor skills, hand-to-eye co-ordination, imagination, instils confidence, learning to read & write, physical development, problem solving, social skills, stimulates senses.
Kesemua di atas adalah sebahagian module pembelajaran kanak2 di nursery, reception sehingga year 1 di sini. Di dalam setiap kelas, setiap jenis alat permainan mempunyai fungsi mereka tersendiri dalam pembentukan diri kanak2 itu.

Sudah menjadi lumrah kanak2 itu gemar bermain. Jangan sesekali memandang ringan terhadap alat permainan... pastikan alat tersebut memberi faedah kepada kanak2. Biarkan sahaja mereka bermain kerana dari situlah diri mereka terbentuk.

Bermain atau play, ialah aktiviti spontan tanpa arahan atau disuruh oleh sesiapa, hanya kerana kanak2 itu hendak merasai keseronokan atau mengalih pandangan seseorang terhadapnya.

Kelebihan bermain adalah seperti berikut:

Play promotes and develops 1) Physical development 2) Intellectual development 3) Social development 4) Emotional values 5) Creativity

Terdapat 4 peringkat play:-

Functional: permainan yg simple, yang berkaitan dengan badan kanak2 itu, cth: dgn menggerakan ibujari kaki sendiri.

Constructional: permainan utk membina / menghasilkan sesuatu. cth: Lego

Dramatic: permainan yang melibatkan imaginasi, yang melibatkan dua orang kanak2. cth: palace and princess, Happyland.

Games with rules: sepertimana arahan yg tertera dikotak / alat permainan tersebut. cth: Dodge Ball

Berdasarkan pengalaman saya, anak2 perempuan lebih gemar bermain doll house, palace & princess manakala anak lelaki cenderung kepada Mega Bloks. Apapun seronok jika kita juga turut bermain bersama mereka. Anak2 terhibur, bonding ibu dan anak juga kuat!

Daya creativiti setiap anak itu mmg berbeza. Apatah lagi jika kita dapat mencungkil minat mereka sedari kecil, dapat kita bawa mereka ke arah kecemerlangan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Saturday, October 1, 2011

Fruit picking @ Pick Your Own Farm

Sudah lama merancang utk menjengah pick your own farm, tetapi hajat murni itu terpaksa di tunda ke satu tarikh yang bersesuaian dengan keadaan kami 5 beranak ini, apatah lagi anak kecil masih lagi berumur bawah setahun. Akhirnya, hajat tercapai juga pada pagi yg agak sejuk, walaupun ada sinaran matahari. Memang seronok membawa anak2 ke kebun. Lebih2 lagi apabila boleh memetik sendiri buahan dan sayuran yg segar dari ladang. Harga, amatlah berpatutan. Bayaran utk sekali masuk dikenakan dan sebelum keluar, kena timbang dulu hasil tuaian atau kutipan hari itu dan bayar dikaunter keluar.

"Mama, look here... Strawberry!"


Kelihatan anak2 ku begitu asyik menikmati memetik strawberry... Lagi seronok si Umar makan strawberry terus dari pokok. Sampaikan, ada strawberry yg togel di pokok, dikerjakan Umar.... hahaha.

Alhamdulillah, hasil petikan anak2 ku ini... Lihatlah! Seronok kan?


Terdapat pelbagai sayuran juga disitu, antaranya tomato, jagung, bayam dsb. 


Sila check dahulu website http://www.parksidefarmpyo.co.uk/ sebelum pergi memandangkan cuaca dan musim yg berbeza. Makanya hasil juga turut berbeza.


Timun di sini memang best! Mana nk cari kat Malaysia ye?


Sweet corn... lebih enak dimakan begitu sahaja! Tk perlu rebus2...



Seluas mata memandang... Cantikkan? Jalannya, agak mendaki bukit jugak.. Penat tp tk berpeluh pun...hehe.
Inilah rupa anak2 ku yg excited sokmo... Sok, balik Malaysia, kita pergi kebun ye!

Wednesday, August 31, 2011

Di Perantauan

August 2009 - August 2010

Masih teringat ketika aku bersama anak2 menaiki kapl terbang kesini. Umar, tak berapa selesa zzzz dalam bassinet, maklumlah dia agak panjang sedikit dan bassinet tu, nganm2 je ngan dia. Bagi mengelakkan Umar dari asyik terjaga dan menangis, kukorbankan seat aku untuknya. Fatin plak, syok aje zzzz dekat seatnya. Tetap, kekadang tu, terjaga jugak pasal tak selesa. Sekejap panas...sekejap sejuk aircondnya. Aku? zzzz kat bawah ajela.

Sesungguhnya pengalaman ini amatlah berharga buatku. Tk pernah terlintas difikiran, akan satu hari nanti aku diterbangkan dalam MAS selama 13jam untuk kesini. Alhamdulillah, syukur.. setelah 8 bulan terpisah dengan hubby, yg ditugaskan utk berkhidmat disini semenjak 3 Jan 2009 lagi.

Sedih, sebak... bila terkenangkan kembali detik pertemuan kami sekeluarga di Heathrow London. Syukur, masih dipanjangkan usia kami untuk bersatu kembali. Fatin memang sudah tak sabar menantikan detik itu..dan Umar, masih kecil...9 bulan usianya ketika itu.

Setibanya aku disini, cuaca sudah agak sejuk. Berangin aje.. aku difahamkan, waktu itu penghujung summer. Tak lama kemudian Ramadhan pun menjelang.. berpuasa diperantauan. Sahur diawal pagi...berbuka sekitar 8mlm. Uish...boleh kurus macam nih.

Sekarang... aku sudah setahun berada disini. Fatin sedang cuti sekolah...summer holiday. Aku pula, dah 7 bulan mengandung. Alhamdulillah, rezeki diperantauan. tak lama lagi puasa... macam mana agaknya berpuasa tahun ini.. Harapnya, lagi bagus dari tahun lepas. Aku bakal bersalin Novemeber ini.

August 2010 - August 2011


Menghitung hari sudah nih.... Menunggu saat dan tikanya untuk melahirkan anak yg ketiga... Tidak lama lagi nih... harapnya semua urusan dipermudahkan.. InsyaAllah... Mak akan sampai kesini tak lama lagi. Athifah akan tiba terlebih dahulu dari mak. Mereka akan menjejakkan kaki disini buat pertama kalinya...Autumn Winter pulak... sejukkk laa kan...Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapatlah mak berjalan jalan sekitar London. Confinement period tiga bulan dari 28 Oct 2010... Makanya, habis confinement ialah 28 Jan 2011. Mak akan pulang ke tanah air... manakala my hubby ditugaskan utk menghantar student balik ke Msia on the same day but different time.... so, single sekejap ngan anak2 dirumah...

October 2010

Umar genap 3 tahun pada 8 Oct 2010, then Shasha dilahirkan pada 28 Oct 2010... ngam ngam aje 2 tahun kan? Well planned i guess...hehe... but having 2 infants is not easy.. it is a hard work! Tp, Umar selaku abang, amat baik dengan adiknya Shasha... dan Shasha mmg manja dengan satu-satu abangnya itu.

Tuesday, May 31, 2011

Disneyland Paris - 3D2N


 Perjalanan kami bermula seawal pagi, dari Hendon menuju ke Dover, then dari Dover ke Dunkerque dengan menaiki ferry DFDS Seaways http://www.norfolkline.com/ferry/... Ini merupakan pengalaman pertama menaiki ferry di sini. Di dalam ferry, 2 kanak kanak riang bergembira, gelak ketawa sambil menonton tv... manakala baby kecil ini sentiasa berada dalam carrier... de perut ini .... Pertama kali juga, kereta Honda stream milik hubby ku ini berada di France, esp Paris...

Sememangnya trip ini telah dirancang seawal 2 bln sebelumnya, dan hotel telah pun dibayar secara online menerusi website http://uk.eurostar.com/uk/travel-to-france/travel-to-ile-de-france/travel-to-disneyland-paris/ . Secara kebetulan apartment Residence Residhome Val de Europe http://www.residhome.com/hotel-residence-aparthotel-europe-139.html yg terletak tidak jauh dari shopping complex yg besar menawarkan harga yg agak sederhana... Tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan Disneyland Hotel. Apartment yg selesa bagi sesebuah keluarga yg mempunyai kanak-kanak riang, sudah tentunya diutamakan. Apatah lagi, apartment ini adalah self catering type. 
Maka kami pun sempat ke Val De Europe shopping centre, dan membeli barang basah seperti ayam halal dan rempah kari utk dibuat ayam goreng. Maggi yg diimport dari Malaysia sudah tentunya tidak dilupakan. 
Kami mulakan http://www.disneylandparis.co.uk/index.xhtml dengan melawati Disneyland Parc... bagi dewasa macam mama & babah ini, kunjungan ke sini, membuatkan terasa macam menjadi kanak kanak semula...sememangnya impian mama sejak kecil untuk ke Disneyland... ha ha ha, ini semua penangan cerita Disney lah nih....alhamdulillah, syukur, selamat juga menjejakan kaki, meskipun bukan semasa kanak kanak..

Sekiranya dapat menjejakan kaki di sini, jgn lepaskan peluang melihat persembahan, shows and parade yg dijadualkan setiap hari... kebetulan, Fatin & Umar dapat menonton Peter Pan and captain Hook, seronok betullah Fatin... duduk depan sekali, sbb dpt tengok live kan... selalunya, tengok movie aje... Cuba perhatikan, rupa pelakon nih ala ala cartoon jugak kan?
BIENVENUE
Welcome to Disneyland Paris
Selamat Datang ke Disneyland Paris
Disney Village - the place for you to shop, dance and to have a live entertainment for the whole family. Kami tk masuk pun, just amik gambar dari luar aje... (Shopping kat Outlet lg syiokkk)
Di pintu masuk Parc Disneyland ini, beg kami di check, macam kastam jugak laaa... tp, still tk leh lawan Heathrow punya laaa...hehe





Daily (Mon - Fri) Routine in London

NEELD CRESCENT , kawasan kejiranan kami di London ini.  Seawal 8am aku bergegas menyiapkan 2 anakku yg bersekolah di Parkfield Primary ...