Sudah lama merancang utk menjengah pick your own farm, tetapi hajat murni itu terpaksa di tunda ke satu tarikh yang bersesuaian dengan keadaan kami 5 beranak ini, apatah lagi anak kecil masih lagi berumur bawah setahun. Akhirnya, hajat tercapai juga pada pagi yg agak sejuk, walaupun ada sinaran matahari. Memang seronok membawa anak2 ke kebun. Lebih2 lagi apabila boleh memetik sendiri buahan dan sayuran yg segar dari ladang. Harga, amatlah berpatutan. Bayaran utk sekali masuk dikenakan dan sebelum keluar, kena timbang dulu hasil tuaian atau kutipan hari itu dan bayar dikaunter keluar.
"Mama, look here... Strawberry!"
Kelihatan anak2 ku begitu asyik menikmati memetik strawberry... Lagi seronok si Umar makan strawberry terus dari pokok. Sampaikan, ada strawberry yg togel di pokok, dikerjakan Umar.... hahaha.
Alhamdulillah, hasil petikan anak2 ku ini... Lihatlah! Seronok kan?
Terdapat pelbagai sayuran juga disitu, antaranya tomato, jagung, bayam dsb.
Sila check dahulu website
http://www.parksidefarmpyo.co.uk/ sebelum pergi memandangkan cuaca dan musim yg berbeza. Makanya hasil juga turut berbeza.
Timun di sini memang best! Mana nk cari kat Malaysia ye?
Sweet corn... lebih enak dimakan begitu sahaja! Tk perlu rebus2...
Seluas mata memandang... Cantikkan? Jalannya, agak mendaki bukit jugak.. Penat tp tk berpeluh pun...hehe.
Inilah rupa anak2 ku yg excited sokmo... Sok, balik Malaysia, kita pergi kebun ye!
No comments:
Post a Comment