Perjalanan kami bermula seawal pagi, dari Hendon menuju ke Dover, then dari Dover ke Dunkerque dengan menaiki ferry DFDS Seaways http://www.norfolkline.com/ferry/... Ini merupakan pengalaman pertama menaiki ferry di sini. Di dalam ferry, 2 kanak kanak riang bergembira, gelak ketawa sambil menonton tv... manakala baby kecil ini sentiasa berada dalam carrier... de perut ini .... Pertama kali juga, kereta Honda stream milik hubby ku ini berada di France, esp Paris...
Sememangnya trip ini telah dirancang seawal 2 bln sebelumnya, dan hotel telah pun dibayar secara online menerusi website http://uk.eurostar.com/uk/travel-to-france/travel-to-ile-de-france/travel-to-disneyland-paris/ . Secara kebetulan apartment Residence Residhome Val de Europe http://www.residhome.com/hotel-residence-aparthotel-europe-139.html yg terletak tidak jauh dari shopping complex yg besar menawarkan harga yg agak sederhana... Tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan Disneyland Hotel. Apartment yg selesa bagi sesebuah keluarga yg mempunyai kanak-kanak riang, sudah tentunya diutamakan. Apatah lagi, apartment ini adalah self catering type.
Maka kami pun sempat ke Val De Europe shopping centre, dan membeli barang basah seperti ayam halal dan rempah kari utk dibuat ayam goreng. Maggi yg diimport dari Malaysia sudah tentunya tidak dilupakan.
Kami mulakan http://www.disneylandparis.co.uk/index.xhtml dengan melawati Disneyland Parc... bagi dewasa macam mama & babah ini, kunjungan ke sini, membuatkan terasa macam menjadi kanak kanak semula...sememangnya impian mama sejak kecil untuk ke Disneyland... ha ha ha, ini semua penangan cerita Disney lah nih....alhamdulillah, syukur, selamat juga menjejakan kaki, meskipun bukan semasa kanak kanak..
Sekiranya dapat menjejakan kaki di sini, jgn lepaskan peluang melihat persembahan, shows and parade yg dijadualkan setiap hari... kebetulan, Fatin & Umar dapat menonton Peter Pan and captain Hook, seronok betullah Fatin... duduk depan sekali, sbb dpt tengok live kan... selalunya, tengok movie aje... Cuba perhatikan, rupa pelakon nih ala ala cartoon jugak kan?
BIENVENUE
Welcome to Disneyland Paris
Selamat Datang ke Disneyland Paris
Disney Village - the place for you to shop, dance and to have a live entertainment for the whole family. Kami tk masuk pun, just amik gambar dari luar aje... (Shopping kat Outlet lg syiokkk)
Di pintu masuk Parc Disneyland ini, beg kami di check, macam kastam jugak laaa... tp, still tk leh lawan Heathrow punya laaa...hehe
No comments:
Post a Comment