Friday, October 28, 2011

Play in Pre-school

Jika kita perasan... atau mungkin ada yg tidak berpeluang utk mengetahui klassifikasi permainan di Early Learning Centre... mari kita lihat bersama-sama:-

Learning skill: creativity, discover the world, fine motor skills, hand-to-eye co-ordination, imagination, instils confidence, learning to read & write, physical development, problem solving, social skills, stimulates senses.
Kesemua di atas adalah sebahagian module pembelajaran kanak2 di nursery, reception sehingga year 1 di sini. Di dalam setiap kelas, setiap jenis alat permainan mempunyai fungsi mereka tersendiri dalam pembentukan diri kanak2 itu.

Sudah menjadi lumrah kanak2 itu gemar bermain. Jangan sesekali memandang ringan terhadap alat permainan... pastikan alat tersebut memberi faedah kepada kanak2. Biarkan sahaja mereka bermain kerana dari situlah diri mereka terbentuk.

Bermain atau play, ialah aktiviti spontan tanpa arahan atau disuruh oleh sesiapa, hanya kerana kanak2 itu hendak merasai keseronokan atau mengalih pandangan seseorang terhadapnya.

Kelebihan bermain adalah seperti berikut:

Play promotes and develops 1) Physical development 2) Intellectual development 3) Social development 4) Emotional values 5) Creativity

Terdapat 4 peringkat play:-

Functional: permainan yg simple, yang berkaitan dengan badan kanak2 itu, cth: dgn menggerakan ibujari kaki sendiri.

Constructional: permainan utk membina / menghasilkan sesuatu. cth: Lego

Dramatic: permainan yang melibatkan imaginasi, yang melibatkan dua orang kanak2. cth: palace and princess, Happyland.

Games with rules: sepertimana arahan yg tertera dikotak / alat permainan tersebut. cth: Dodge Ball

Berdasarkan pengalaman saya, anak2 perempuan lebih gemar bermain doll house, palace & princess manakala anak lelaki cenderung kepada Mega Bloks. Apapun seronok jika kita juga turut bermain bersama mereka. Anak2 terhibur, bonding ibu dan anak juga kuat!

Daya creativiti setiap anak itu mmg berbeza. Apatah lagi jika kita dapat mencungkil minat mereka sedari kecil, dapat kita bawa mereka ke arah kecemerlangan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Saturday, October 1, 2011

Fruit picking @ Pick Your Own Farm

Sudah lama merancang utk menjengah pick your own farm, tetapi hajat murni itu terpaksa di tunda ke satu tarikh yang bersesuaian dengan keadaan kami 5 beranak ini, apatah lagi anak kecil masih lagi berumur bawah setahun. Akhirnya, hajat tercapai juga pada pagi yg agak sejuk, walaupun ada sinaran matahari. Memang seronok membawa anak2 ke kebun. Lebih2 lagi apabila boleh memetik sendiri buahan dan sayuran yg segar dari ladang. Harga, amatlah berpatutan. Bayaran utk sekali masuk dikenakan dan sebelum keluar, kena timbang dulu hasil tuaian atau kutipan hari itu dan bayar dikaunter keluar.

"Mama, look here... Strawberry!"


Kelihatan anak2 ku begitu asyik menikmati memetik strawberry... Lagi seronok si Umar makan strawberry terus dari pokok. Sampaikan, ada strawberry yg togel di pokok, dikerjakan Umar.... hahaha.

Alhamdulillah, hasil petikan anak2 ku ini... Lihatlah! Seronok kan?


Terdapat pelbagai sayuran juga disitu, antaranya tomato, jagung, bayam dsb. 


Sila check dahulu website http://www.parksidefarmpyo.co.uk/ sebelum pergi memandangkan cuaca dan musim yg berbeza. Makanya hasil juga turut berbeza.


Timun di sini memang best! Mana nk cari kat Malaysia ye?


Sweet corn... lebih enak dimakan begitu sahaja! Tk perlu rebus2...



Seluas mata memandang... Cantikkan? Jalannya, agak mendaki bukit jugak.. Penat tp tk berpeluh pun...hehe.
Inilah rupa anak2 ku yg excited sokmo... Sok, balik Malaysia, kita pergi kebun ye!

Dear FATIN, UMAR and SHASHA

Allah knows what is best for us and everything that happened to us is because Allah wants it to happen.  When we get rejected, or we f...