

Lil MiSS
Apalah yang dimenungkan oleh Little Miss nih.. Waktu gambar ini diambil, Fatin sedang menikmati minuman di 1901 The Curve, sebelah RED BOX tuuu... sambil ditemani oleh mama & babah... yang sering tertawa melihat telatah Fatin.
"Sudah besar anak babah" Barangkali inilah kata hati babah yang berada di London pabila menatap gambar puterinya ini. Wajah Fatin saling tak tumpah mirip babah. Anak babahlah katakan... tuh yang kerap bertanya mama "babah pergi mana?" dan jawapan mama pula "babah work... jauh Fatin" dan Fatin akan menerima jawapan tersebut dengan bersahaja "oooo...." Mungkin dibenak fikirannya sering tertanya-tanya "kenapalah babah nih tak balik-balik.... hmmmmm"
Walaubagaimanapun, kami percaya bahawa setiap pengorbanan kerana Allah, pasti akan merasa kenikmatan kasih sayang didalam sesebuah keluarga yang tak terhingga dengan izin yang Maha Esa... InsyaAllah, Amien.
No comments:
Post a Comment