Sunday, September 20, 2009

Salam AidilFitri dari kami di kota London

OCT 2009




Allahuakbar.... allahuakbar....allahuakbar.... lailaha illallahu wallahu akbar.... Allahuakbar walilllahilham...

Gema takbir memecah sunyi.. tandanya syawal menjelma lagi.. aidilfitri... teringat keriuhan pagi Aidilfitri bersama adik2, mak abah di kampung. Meriah sungguh rasanya... tapi, disini... seperti tiada apa-apa yang diraikan... almaklum ajelah jiran sekeliling kebanyakannya alyahud... mana plak nk berhari raya...

Abg dan Syakur pergi bersolat di Islamic Center @ Hendon... manakala Fatin & Umar mandi sunat Aidilfitri, berpakaian kemas, cantik dan baru! Mulalah terasa keghairahan berhari raya. Juadah ayam madura, rendang daging hadiah dari teman sekerja abg, nasi himpit Nona, kuih-muih yg dipos khas dari keluarga mertua di Sg Besar, dan kuih muih yg dibeli di kedai pak arab memenuhi ruang meja makan kami yang bersaiz sederhana besar itu.

Sekitar jam 10am waktu tempatan, bermulalah acara webcam with our beloved family @ Malaysia. Seronoknyaaa tak terkata.... sebak juga rasa di dada... Begini rasanya beraya jauh dari sanak saudara... Hingga tak sedar hampir separuh hari dihabiskan di hadapan laptop Toshiba ini...di conservatory area...duduk lepak sambil makan & merakamkan pelbagai aksi sebagai kenangan kami berhari raya AidilFitri 2009.

Thanks a lot Syakur kerana sudi beraya bersama kami... Hope, dapat berjumpa lagi & AidilFitri tahun hadapan akan lebih bermakna lagi.

SEPT 2010







Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia kami, maka kami dapat beraya bersama lagi pada tahun ini...Tahun ini agak berbeza sedikit kerana bersempatan memasak utk small raya gathering dirumah... hanya menjemput kawan2 hubby sahaja. Ala kadar sahaja..maklumlaa, tgh sarat mengandung anak ke3.. bakal due end Oct nih. Semoga kita berjumpa lagi ditahun hadapan ye Syakur...(kan dah nk abis belajar....janganlah balik lg ye..)

Saturday, September 12, 2009

Somerset






"Jom, siap cepat... kita nak pergi Clarks Village" kata babah. "Wah.... mesti seronok nih", dengus hatiku pabila mendengar pelawaan babah sebentar tadi. Tepat jam 11am, kami pun memulakan perjalanan. Seperti biasa sebelum memulakan perjalan ke suatu tempat, Google UK map akan disinggah... untuk mendapatkan map dari NW4 ke BA16 0BB, lokasi Clarks Village. Dianggarkan perjalanan kami ini akan memakan masa 3 jam lebih. Akan tetapi, banyak pula halangan menyebabkan kami tiba agak lewat dari masa yang sepatutnya. Oleh sebab itulah kami kena bershopping dengan cepat sekali kerana hari ini, Clarks Village tutup pukul 6pm. So, 2 hours only... macam lipas kudung jugak ler...

Selain Clarks, ada banyak juga high street names like, Adidas, Nike, Marks & Spencer, Triumph, Gap dll... Sila lawati www.clarksvillage.co.uk

Dear FATIN, UMAR and SHASHA

Allah knows what is best for us and everything that happened to us is because Allah wants it to happen.  When we get rejected, or we f...