Thursday, October 8, 2009

Happy Birthday Umar


Genaplah sudah setahun usia Umar hari ini... kebetulan pula, kakaknya Fatin memulakan nursery hari ini juga... Congratulations to both of you my precious! Mama doakan semoga dipanjangkan usia dan hidup Umar & Fatin akan diberkati Allah.... dan semoga penghijrahan kita disini akan dapat dimanfaatkan segala kebaikan yang ada dimuka bumi Allah ini...Ameen Ya Rabbal Alamin.

Fatin: First Day at the Nursery







Excited sungguh dia bila diberitahu yang dia akan memulakan nursery hari ini... 12.30 - 3.30pm. Setibanya dia disitu... Fatin duduk di satu kerusi sambil memerhati keadaan sekeliling... Barangkali dia berfikir.... "mmm.... apa nak sentuh dulu nih..." Memandangkan komputer tidak digunakan oleh sesiapa, maka dia memulakan langkahnya menggunakan desktop yang disediakan disitu... kemudian, dia bermain house decoration... alah, macam rumah Barbie tuh, then, letakler apa2 barang utk memenuhi ruang yang disediakan. Then..... ahah! ada dapur, fully furnish lagi....huhu.. bestnyer! boleh masak2 macam mama selalu buat tu....

Monday, October 5, 2009

Hendon











London borough : Barnet
Ceremonial county : Greater London
Region : London
Constituent country : England
Sovereign state : United Kingdom
Post Town : LONDON
Postcode district : NW4
Dialing code : 020
Police : Metropolitan
Fire & Ambulance : London
European Parliament : London
UK Parliament : Hendon
London Assembly : Barnet & Camden


HENDON is a London suburb situated 7 miles (11 km) north west of Charing Cross.

Oxford Street




Oxford Street is a major, thoroughfare in London, England in the City of Wesminster, 2 1/2 kilometres from Marble Arch, at the north east corner of Hyde Park, through Oxford Circus to St Giles' Circus, at the intersection with Charing Cross Road and Tottenham Court Road.

Oxford Street is home to major department stores & numerous brands' flagship stores, as well as hundreds of smaller shops. It is major shopping street in Central London and part of a larger shopping district with Regent Street, Bond Street and other smaller nearby streets.

Major stores includes; Moss Bross, Selfridges, John Lewis, Marks & Spencer, Debenhams, House & Fraser, HMV, Schuh, Disney Store, Top Shop, Primark, Uniqlo, Zara, Bershka, Pull & Bear, Urban Outfitters, GAP, Nike, Adidas, Games Workshop.

Saturday, October 3, 2009

Kensington Garden

Pepatah melayu ada mengatakan... bagai itik pulang petang...
Di tepi tasik... beginilah aktiviti itik & angsa tersebut...

apalah agaknya yang ditenungkannya tuh.... nampak bayang2nyer agaknya.....

Sunday, September 20, 2009

Salam AidilFitri dari kami di kota London

OCT 2009




Allahuakbar.... allahuakbar....allahuakbar.... lailaha illallahu wallahu akbar.... Allahuakbar walilllahilham...

Gema takbir memecah sunyi.. tandanya syawal menjelma lagi.. aidilfitri... teringat keriuhan pagi Aidilfitri bersama adik2, mak abah di kampung. Meriah sungguh rasanya... tapi, disini... seperti tiada apa-apa yang diraikan... almaklum ajelah jiran sekeliling kebanyakannya alyahud... mana plak nk berhari raya...

Abg dan Syakur pergi bersolat di Islamic Center @ Hendon... manakala Fatin & Umar mandi sunat Aidilfitri, berpakaian kemas, cantik dan baru! Mulalah terasa keghairahan berhari raya. Juadah ayam madura, rendang daging hadiah dari teman sekerja abg, nasi himpit Nona, kuih-muih yg dipos khas dari keluarga mertua di Sg Besar, dan kuih muih yg dibeli di kedai pak arab memenuhi ruang meja makan kami yang bersaiz sederhana besar itu.

Sekitar jam 10am waktu tempatan, bermulalah acara webcam with our beloved family @ Malaysia. Seronoknyaaa tak terkata.... sebak juga rasa di dada... Begini rasanya beraya jauh dari sanak saudara... Hingga tak sedar hampir separuh hari dihabiskan di hadapan laptop Toshiba ini...di conservatory area...duduk lepak sambil makan & merakamkan pelbagai aksi sebagai kenangan kami berhari raya AidilFitri 2009.

Thanks a lot Syakur kerana sudi beraya bersama kami... Hope, dapat berjumpa lagi & AidilFitri tahun hadapan akan lebih bermakna lagi.

SEPT 2010







Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia kami, maka kami dapat beraya bersama lagi pada tahun ini...Tahun ini agak berbeza sedikit kerana bersempatan memasak utk small raya gathering dirumah... hanya menjemput kawan2 hubby sahaja. Ala kadar sahaja..maklumlaa, tgh sarat mengandung anak ke3.. bakal due end Oct nih. Semoga kita berjumpa lagi ditahun hadapan ye Syakur...(kan dah nk abis belajar....janganlah balik lg ye..)

Saturday, September 12, 2009

Somerset






"Jom, siap cepat... kita nak pergi Clarks Village" kata babah. "Wah.... mesti seronok nih", dengus hatiku pabila mendengar pelawaan babah sebentar tadi. Tepat jam 11am, kami pun memulakan perjalanan. Seperti biasa sebelum memulakan perjalan ke suatu tempat, Google UK map akan disinggah... untuk mendapatkan map dari NW4 ke BA16 0BB, lokasi Clarks Village. Dianggarkan perjalanan kami ini akan memakan masa 3 jam lebih. Akan tetapi, banyak pula halangan menyebabkan kami tiba agak lewat dari masa yang sepatutnya. Oleh sebab itulah kami kena bershopping dengan cepat sekali kerana hari ini, Clarks Village tutup pukul 6pm. So, 2 hours only... macam lipas kudung jugak ler...

Selain Clarks, ada banyak juga high street names like, Adidas, Nike, Marks & Spencer, Triumph, Gap dll... Sila lawati www.clarksvillage.co.uk

Dear FATIN, UMAR and SHASHA

Allah knows what is best for us and everything that happened to us is because Allah wants it to happen.  When we get rejected, or we f...